Tuesday, 18 April 2017


AZMI STEAM FISH . . nak sampaikan berita bahawa segalanya benar belaka, secara peribadi aku dah mencuba ikan patin steam tempoyak disatukan dengan ikan talapia sedikit sayuran yang dimasak gaya cina melayu versi Azmi Steam Fish memang sedap sangat tak dapat nak bayangkan ianya menampilkan masakan gaya tersendiri, yang pasti amat pedas nak terus makan tanpa henti. Kalau sape-sape saja sampai di Kuala Lipis @ lepeh jangan tak mencuba nanti terkilan sepanjang masa.


Bukan main meriah, bila ada yang datang makan di Azmi Steam Fish lepeh dalam tu ada juga Dato' Seri Shakar Exco Pelancongan Pahang yang datang merasai ikan patin steam, semua menu yang disedikan dengan gaya ramuan masakan sendiri Azmi Steam Fish .. tu yang sedap dan tak serupe dengan restoran lain yang masak ikan patin. Jom ramai-ramai mencuba masakan ikan patin steam yang tak ada dekat lain. Jangan menyesal kalau tak datang.


Ramai lagi meriah sidang pelanggan yang hadir menjamu selera di Azmi Steam Fish lepeh, mereka ni makan di zone dalam berhawa dingin yang dapat menambah peratusan selera makan tengahari, tengok semua senyum keriangan berpuas hati bersamaan kenyang tapi dalam ramai-ramai tu sape yang bayar ? BOS team ni agaknya, dapat duit BRIM belanja rakan taulan sekali sekala apa salahnya .. Moh kite ke Restoran Azmi Steam Fish


haa ! ni dia Der tudung hitam bersama Yana Vlogger, saja nak sampaikan cerita mengenai Der yang kini berada dalam komuniti blogger n vlogger Travel Malaysia. Buat masa lani Der memberi tumpuan ketat mengendalikan Restoran Azmi Steam Fish milik bapanya di Kuala Lipis dan sape-sape nak jumpa Der boleh datang kedai sambil makan sambil jumpa dia.






No comments:

Post a Comment